Wednesday, 19 December 2012

untukmu wanitaku


untukmu wanitaku..
apa yang kau dambakan ?
apa yang kau mahukan ?
apa yang kau inginkan ?
menuju destinasi akhir sebuah kehidupan ?

terduduk aku sendirian..
merenung dan memikirkan nasib kita..
bagaikan tiada adab dan susila..
tiada mula dan noktahnya..
apakah jalan penyelesaiannya?


untukmu wanitaku..
apa yang kau dambakan ?
apa yang kau mahukan ?
apa yang kau inginkan ?
menuju destinasi akhir sebuah kehidupan ?

pakaianmu menjolok mata..
aku juga malu melihatmu..
walaupun aku juga memiliki naluri yang sama denganmu..
mungkin kerana didikan kita berbeza..
atau dirimu sendiri yang merebahkan nafsu
tanpa memikirkan akibat yang bakal dunia tanggung..


untukmu wanitaku..
apa yang kau dambakan ?
apa yang kau mahukan ?
apa yang kau inginkan ?
menuju destinasi akhir sebuah kehidupan ?

Adam tidak lepas memandangmu..
Syaitan tersenyum gembira dengan kekalahan Adam..
Andai wanitaku tidak cepat bangun dari kelekaan..
seluruh isi dunia akan hancur..
masihkah kita jahiliah ??
andai benar.. carilah jalan kebenaran..


untukmu wanitaku..
apa yang kau dambakan ?
apa yang kau mahukan ?
apa yang kau inginkan ?
menuju destinasi akhir sebuah kehidupan ?

duduklah .. tunduklah..
muhasabahlah.. sujudlah dengan penuh keinsafan..
masih ada ruang untukmu..
ruang untuk wanitaku mencari jalan kehidupan..
agar Adam tidak memandangmu.. hina..
apatah lagi.. Penciptamu.. wanitaku..
renungkanlah..

perisai muslimah


Muslimah itu seorang wanita islam yang berperibadi islam. Solehah pula, seorang wanita islam yang berperibadi islam dan beristiqomah dengan keperibadiannya, hanya menurut pandanganku sahaja. Jadi, jika ingin menjadi solehah, wajiblah menjadi muslimah terlebih dahulu.

Perisai itu, ianya besar dan melindungi hadapan dan belakang. Bukan hanya pahlawan pedang dalam sebuah peperangan sahaja mempunyai perisai. Tapi perisai ini akan sentiasa ada pada seorang muslimah yang solehah. Perisai ini bisa ditembusi panahan panah juga acuan peluru, tapi itu bukan bererti ia lemah atau tidak boleh melindungi. Kuasanya lebih hebat, mampu mematahkan niat yang jahat terhadap pemakainya.

Apabila perisai ini dibawa bersama seorang muslimah, ia tidak kelihatan seperti pahlawan perang bahkan muslimah ini kelihatan lebih 'sweet' dari wanita-wanita 'hot' yang tidak menutup aurat di luar sana. Kerana neraka itu 'hot', syurga itu 'sweet'.

Perisai, itulah tudung labuh. Semakin labuh tudungnya, semakin segan orang sekeliling terhadap pemakainya. Bukan mengharap penghormatan orang lain, cuma ingin memberitahu "aku seorang muslimah".

Dengan memakainya, muslimah itu sendiri terasa bahawa dia membawa amanah perisai itu. Menjaga setip gerak geri, itulah amanahnya. "sedarlah muslimah yang berperisai. Anda membawa amanah tudung labuh. Apabila ia melindungimu, jangan engkau membolosinya dengan gerak gerimu yang melampaui batasmu sebagai seorang muslimah, kerana apabila kau membolosinya, engkau juga membolosi perisai muslimah yang lain".

Bisikan Hati


dikeheningan malam..
aku tertunduk merenung sebuah bisikan..
bisikan hati yang memanggil.. 
agar merenung sebuah kehidupan..
aku tertanya sendiri..
hampa.. hampa aku tanpa jawapan..

Tuhan.. pada-Mu ku sandarkan harapan..
agar aku tidak lagi mengulangi kesalahan silam..
dosa yang menjadi penghalang..
antara aku dan syurga-Mu..


Tunjukkan aku jalan keinsafan..
Hidayah-Mu ku nantikan..
Akulah pencari-Mu..
untuk menggapai reda-Mu..
menanti aku balasan cinta-Mu..
agar dapat ku gapai Jannah-Mu

Untuk mu Wanita


Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan