Thursday, 24 November 2011

Bingkisan nurani

Mengenali-Mu suatu anugerah,
Anugerah yang tidak terhingga,
Beruntungnya aku,
Dapat mengecapi nikmat ini,
Nikmat menikmati kebesaran-Mu,
Nikmat mengenali-Mu,
Nikmat cinta-Mu yang hakiki.

Tuhan,
Tidak pernah kau tinggalkan aku sendirian,
Setiap detik-detik yang berlalu,
Dapatku rasakan kehadiran-Mu di sisiku,
Dalam setiap salur darahku,
Ku rasakan diri-Mu amat dekat sekali,
Dalam setiap lelah nafasku,
Nama-Mu acap kali di hujung bibirku,
Dalam setiap degupan jantung dan nadiku,
Ada terselit zikir memuji nama-Mu.

Ya Rabbul Izzati,
Diriku belum pernah sekali pun Kau abaikan,
Mahu di kala senang mahupun sukar,
Kau masih tetap setia menemaniku,
Kerna Kau Maha Mengetahui,
Bahawa aku amat memerlukan-Mu setiap masa,
Bahagianya aku menikmati cinta-Mu,
Setiap belaian kasih yang Kau berikan,
Setiap angin rindu yang Kau kirimkan,
Menyebabkan aku bisa tetap teguh meneruskan kehidupan.

Tanpa-Mu,
Siapalah aku,
Melainkan si pengemis,
Yang menagih simpati ramai,
Untuk diberi makan,
Tanpa-Mu,
Aku ibarat pengembara,
Yang asyik mengembara tanpa arah tujuan,
Tanpa-Mu Tuhan,
Aku bukanlah aku yang sekarang Kau lihat.

Terima kasih ya Allah..

No comments:

Post a Comment