Saturday, 7 July 2012

surat buat penjaga agama



   Wahai kaum adam , duniamu dan duniaku jauh berbeza . Dahulu aku seorang yang naïf tentang agama . Terasa diriku amat kecil dan hidupku sering diganggu perasaan gundah gelana . Peristiwa silam sering menghambat kemana jua aku pergi . Budaya hidup sekular menjadi darah dagingku untuk meneroka hari-hari yang mendatang . Dalam meniti arus globalisasi semasa , remaja seusiaku berhadapan dengan serangan kebudayaan asing . Selain itu , remaja zaman sekarang menjadikan hiburan yang bersifat komersial dan hedonistic sebagai pegangan hidup . Cabaran globalisasi yang semakin menghimpit membuatkan segala-galanya didominasi oleh akal dan nafsu . Dalam pada masa yang sama , adat resam tradisi yang merupakan pegangan hidup selama ini mula terhakis . Kemewahan yang dilimpahkan kepadaku melalaikanku . Kerana kurangnya pengetahuan agama , kerana nipisnya iman didada akhirnya aku berkiblatkan dengan budaya asing .

  Kini , aku mencari jalan penyelesaian , mencari cahaya yang selama ini bersembunyi . Hari itu merupakan satu kenangan manis apabila mendengar engkau mengalunkan ayat suci Al-Quran dengan begitu lunak dan penuh intonasi . Duniaku seakan terhenti , hatiku mula berasa tenang . Engkau seakan memberikan aku cahaya dan semangat untuk terus mencari sinar yang selama ini hilang dalam diriku . Dalam aku mencari sinar itu , aku merasakan sesuatu yang singgah di dalam hatiku , perasaan yang tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata . Rupa-rupanya cahaya yang datang kepada ku adalah cahaya cinta dan sinar itu tersembunyi di dalam cahaya itu . Akhirnya aku menyedari bahawa aku telah jatuh hati dan secara tidak sedar engkau banyak mengubah cara hidupku selama ini .

  Wahai penjaga agama , aku sedar bahawa engkau bukanlah suatu yang mutlak dan sukar untuk aku memiliki lelaki seperti mu . Dalam aku meniti perjalanan hidup yang baru , jiwa dan hatiku mula terisi dengan ayat-ayat suci Al-Quran . Aku berasa tenang setiap kali aku bertemu dengan penciptaku . Aku hanya mampu berdoa kepada penciptaku . Wahai kaum adam , mencintaimu tidak semestinya aku memiliki dirimu . Allah menjanjikan bahawa wanita yang terbaik hanya untuk lelaki yang terbaik dan begitulah sebaliknya . Jodoh itu rahsia allah , dia menentukan segalanya yang terbaik untuk kita dan aku sebagai hambanya perlu menerima segala yang telah ditentukan .

  Wahai penjaga agama , aku mencintaimu kerana keperibadianmu dan kerana agamamu , jika hilang semua itu maka hilanglah cinta ku kepadamu . Andai engkau adalah jodohku , hiasilah diriku dengan keimanan dan ketakwaan , bimbinglah aku kearah kebenaran dan hiasilah hidupku dengan kebahagiaan . Aku memohon izin Allah bahawa setiap pertemuan itu diredhai oleh-NYA . Engkau adalah seorang pembimbing yang terbaik , engkau juga sebaik-baik manusia dan engkau adalah ketua yang mampu membimbing keluargamu kearah kebenaran satu hari kelak .
~ INI HANYALAH SEKADAR CORETAN UNTUK MELUAHKAN APA YANG TERBUKU DALAM HATI INI ~

No comments:

Post a Comment