Monday, 6 August 2012

kisah wanita

siapa lah diri ku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana . tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita solehah yang lain , dilamae lelaki yang bakal dinobatkan sebagai ahi syurga , memimpinku kearah tujuan yang satu.

tidak perlu memiliki wajah setampan nabi yusuf , juga harta seluas perbendaharaan nabi sulaiman atau kekuasaan seluas kerajaan nabi muhammad yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

andainya engkaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz , allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. itu janji allah , akan tetapi , selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah , selagi itu jangan bazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk begitu

No comments:

Post a Comment