Tuesday, 19 March 2013

Ku Relakan Dikau Pergi




Dear MHZ , pada mulanya aku amat benci kau. selalu sangat time perhimpunan nama kau naik tapi aku masih ingat lagi time hari jumaat, nama kau naik dalam hati aku macam tak ada org lain ke selain kau enn . tapi aku silap , kau adalah imam muda sekolah , hari jumaat tu juga lah aku ubah persepsi aku terhadap kau . bacaan dan intonasi menusuk jantungku. aku ingat lagi siapa aku yang dulu. seorang gadis liar, tidak reti menjaga batas pergaulan tetapi kau hadir utk mengubah kehidupan aku. pada mulanya aku buat semua ni sebab kau tetapi aku lupa pada yang Maha Berkuasa. aku ubah niat aku, aku anggap kau adalah hidayah utk aku. dalam diam aku mula menyimpan perasaan terhadap kau. aku tak tahu kenapa , mungkin org jenis kau yg aku cari utk dijadikan pendamping hidup. aku berkenalan dengan adik kau , aku luahkan segalanya dkat dia, siapa yg tak bersetuju kan. 

MHZ, terlalu lama aku memendam perasaan ini, terlalu lama aku cuba utk pertahankan cinta ini. kau tidak mengenali ku, aku tahu itu sangat mustahil utk kita cuba berkenalan, kau org yg berilmu dan juga beragama. Aku hanyalah seorang gadis yg tiada arah tujuan dlm hidup dan dosa semakin membiak di dunia ini. aku tahu ia hanyalah angan yg tak mungkin akan tercapai. secara tak langsung, aku menyiksa diri ku sendiri. aku tutup dan aku menjaga dengan rapi supaya hati ni tidak dicuri oleh org lain. itu diriku, tetapi kau ? aku tahu kau memendam perasaan pada seseorang dan seseorang itu juga memendam perasaasn yg sama . aku tak mahu jadi penghalang dan aku juga tak nak menyakiti hatiku ini. terlalu lama aku berperang dengan perasaan ini yang aku sendiri tidak tahu di mana penghujungnya. aku cuba utk bertahan tetapi aku harus membuka hatiku utk org lain. aku redha dengan semua ini. aku tahu kita tak mungkin akan bersama . mustahil utk kita bersama , dalam ikatan yang sah , itu hanya angan-angan sahaja. 

Dear MHZ, aku lepaskan perasaan ini pergi , aku kosongkan hatiku ini utk org lain . tetapi andai kata doaku termakbul dan andai kata istikharah ku betul, cepat atau lambat kita pasti akan bersama dalam hubungan yang halal dan di redhai oleh Allah. aku mengejar impian ku dan kau juga mengejar impianmu. walaupu sakit, aku relakan ia pergi. terima kasih kerana dalam diam kau mengubah ku menjadi manusia.

Salam Sayang,

NHM.

No comments:

Post a Comment